Wednesday, December 23, 2009



Skrg ni aku pun dah mula melakukan biz berkaitan dr sukida ni heheheh kat depan kedai aku ada 1 mesyin dr sukida ni utk kegunaan rakyat Taman Universiti Skudai JB ni. heheheh lg2 la skrg ni kesihatan sambil beramal. air ni bagus aku memasak pun guna air ni hehehh lgpun jimat gas heheheh skrg ni botol pun aku ada jual ari tu promosi diberi air percuma berduyun2 org datang so pd kwn2 yg nak cr penapis air utk rumah n kesihatan ko org blh la hubungi aku k. heheheh layannnnn

Tuesday, December 1, 2009

Apa itu madu?


Apa itu madu?

Madu adalah campuran beberapa jenis gula dengan air dan mengandungi sedikit bahan-bahan seperti logam, asid dan enzim. Madu dihasilkan daripada mektar yang diambil oleh lebah pekerja dari bahagian tertentu pokok yang mengeluarkan nektar misalnya bunga. Madu disimpan pada sel-sel di dalam haif sebagai makanan.

Terdapat pelbagai jenis madu dan perbezaan bergantung pada warna, rasa dan kepekatan madu tersebut. Faktor pertama, warna mektar dan kandungan debunga yang telah bercampur dengan mektar yang dipungut didapati warnanya ada yang merah dan ada yang gelap. Faktor kedua, tempoh penyimpanan madu, iaitu makin lama disimpan, semakin gelap warnanya disebabkan tindakan enzim semulajadi dalam madu tersebut.
Bahan Mineral dan Vitamin Dalam Madu Lebah.

Bahan mineral dan vitamin yang terdapat dalam Madu lebah amat diperlukan oleh tubuh badan manusia. Berikut adalah antara vitamin yang terdapat dalam madu lebah:

VITAMIN A
Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.

VITAMIN B
Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata dan membantu proses metabolisma.

VITAMIN C
Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.

VITAMIN D
Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat (garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus menjaga kesihatan tulang dan gigi.

VITAMIN E
Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan mormal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mecegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan

VITAMIN K
Baik untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.

Terdapat lebih daripada 172 vitamin dalam MADU dan masih lagi dikaji vitamin dan bahan yang lain belum dikenali.