Sunday, April 18, 2010

IKHLAS SAVING TAKAFUL.

Sila baca Helaian Keterangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk
mengambil “IKHLAS Saving Takaful”. Sila pastikan juga anda membaca terma dan
syarat am.
1. Produk apakah ini?
Ini merupakan jenis pelan pelaburan yang menyediakan perlindungan terhadap
kematian dan ketidakupayaan menyeluruh sebelum tarikh matang sijil.
2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai?
Tabarru’ –Peserta bersetuju mendermakan peratusan yang telah ditentukan daripada
sumbangan kepada Dana Risiko untuk membantu peserta lain.
Wakalah – Peserta memberi kebenaran kepada Takaful IKHLAS Sendirian Berhad
untuk mewakili dirinya dalam mengendalikan urusan berkaitan Takaful seperti,
menyediakan perlindungan atau membuat pelaburan bagi pihaknya. Konsep ini
membolehkan penggunaan perantara bagi memenuhi kehendak pelanggan,
pembayaran lebihan dan keuntungan yang lebih baik kepada peserta dan pengiraan
keuntungan yang dikongsi secara teratur.
3. Apakah perlindungan/manfaat yang disediakan?
Apabila berlakunya kematian atau ketidakupayaan kekal menyeluruh, yang mana
terdahulu, terhadap peserta dalam tempoh sijil berkuatkuasa, Jumlah Perlindungan
(SC) termasuk jumlah terkumpul di dalam PIA akan dibayar kepada penama peserta
atau waris terdekat.
4. Berapakah jumlah sumbangan yang perlu dibayar?
Jumlah caruman yang perlu dibayar mungkin berbeza bergantung kepada keperluan
pengunderitan, umur, tempoh dan jumlah perlindungan yang dipohon. Contohnya:
Jumlah Perlindungan : RM50,000
Jantina : Perempuan
Umur : 37 tahun
Tempoh : 20
Sumbangan : RM923.50 (Tahunan)
5. Apakah yuran dan caj yang perlu dibayar?
Akan didedahkan dalam Ilustrasi atas nama klien sepenuhnya.
6. Apakah terma dan syarat utama yang perlu diketahui?
Kepentingan pendedahan – anda perlu mendedahkan ke semua fakta matan
seperti keadaan kesihatan. (Akta Takaful 1984-sek 28)
Tempoh Khiyar – Anda boleh membatalkan sijil dengan mengembalikan sijil
tersebut kepada pihak syarikat dalam tempoh 15 hari dari tarikh pengeluaran sijil
tersebut. Sumbangan yang telah dibayar (selepas ditolak dengan jumlah
perbelanjaan perubatan –sekiranya ada) akan dikembalikan.
7. Apakah pengecualian utama yang terdapat di dalam sijil ini?
* PENGECUALIAN BAGI KEMATIAN
Tiada sebarang manfaat akan dibayar sekiranya berlaku kematian terhadapat Pemilik
Sijil atau Peserta atau kedua-duanya jika kematian berpunda dari Sindrom Kurang
Daya Tahan Penyakit (AIDS), Penyakit Berkaitan AIDS atau Penyakit melalui
Jangkitan Seksual atau nyawa pemilik sijil dan/atau peserta atau kedua-duanya,
diambil oleh pengurusan undang-undang atau bila pemilik sijil dan/atau peserta atau
kedua-duanya mati akibat penglibatan diri dalam akta yang melanggar undang-undang
dan/atau jenayah.
* BUNUH DIRI
sekiranya pemilik sijil atau peserta, samada waras atau tidak, membunuh diri, sijil akan
terbatal dan Syarikat akan memulangkan baki dari PIA dan/atau PRIA.
8. Bolehkah sijil ini dibatalkan?
Ya boleh. Sekiranya pembatalan dibuat selepas 15 hari dari tempoh ehsan, sebarang
jumlah di dalam PIA akan dipulangkan kepada anda.
9. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya terdapat perubahan kepada maklumat
untuk dihubungi?
Sekiranya terdapat perubahan maklumat , sila maklumkan kepada kami jika terdapat
pertukaran alamat bagi memastikan urusan surat-menyurat berjalan lancar.
10. Bagaimanakah saya boleh mendapat maklumat lanjut?
Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan mengenai Takaful Keluarga, sila
kunjungi laman sesawang kami di www.takafulIKHLAS.com.my atau
www.insuranceinfo.com.my
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di:
Perunding Kewangan Takaful IKHLAS Sdn Bhd
Agensi As-ssaf
Taman Universiti, Johor.
Telefon : 019-7975126
11. Produk seumpama yang boleh didapati?
IKHLAS Lifestyle Takaful
IKHLAS Education Classic Takaful
IKHLAS Wanita Takaful
NOTA PENTING:
PENYERTAAN DI DALAM PELAN TAKAFUL KELUARGA ADALAH MERUPAKAN
KOMITMEN KEWANGAN JANGKA PANJANG. ANDA HARUS MEMILIH JENIS
SIJIL YANG BENAR-BENAR BERSESUAIAN DENGAN KEHENDAK ANDA. ANDA
HARUS MEMBACA DAN MEMAHAMI SIJIL TAKAFUL INI DAN BERBINCANG
DENGAN WAKIL ANDA ATAU BERHUBUNG TERUS DENGAN TAKAFUL IKHLAS
SDN BHD UNTUK KETERANGAN LEBIH LANJUT.

No comments:

Post a Comment